PERTEMUAN BEAUTY BULLET SPRAY
Salam kita jumpa hari ini, apa yang aku nak share hari ini ialah pengalaman ku mula-mula aku bertemu dengan seorang kawan dalam salah satu laman sosial di internet. Aku memang suka habiskan masa yang terluang menjawab mesej-mesej dari teman-teman dekat laman sosial ni.
Satu hari aku telah accept kawan baru, so aku dan dia bertanya khabar, aku memang jenis suka berkawan, disamping tu aku juga mencari prospek untuk menjual produk ku. Dia nak share dengan aku tentang produk terbaru, aku open minded dan tidak salah kalau kita mendengarkan. Semuanya atas kita yang buat pilihankan. Dalam masa yang sama dia ajak jumpa kalau dia datang ke negeri ku, aku kata boleh tapi saya sibuk bekerja dan awak kena tunggu saya free baru boleh jumpa. Kami pun bertukar no. telefon.
Dua minggu selepas itu dia mesej aku dia on the way, aku kata ok tapi awak kena tunggu saya habis kerje baru boleh jumpa. Aku kerje pukul 7ptg baru habis. Pukul 6ptg dia dah sampai, kenalah dia tunggu sampai aku datang dekat tempat dijanjikan. Pukul 7.30mlm aku sampai dan kami berkenalan, Disitu aku mendengar penerangannya dengan detail berkenaan produk bullet spray. Aku membeli 1 botol dengan harga RM150, Aku berkata pada dia biar saya guna dulu , kalu bagus saya akan join ahli.
Selepas seminggu menggunanya wow memang banyak perubahan pada diriku. Aku yang dulu monyok,tension,bermasalah dan tidak ceria, dengan wajah yang kusam dan selalu je sakit-sakit. Ramai kawan-kawan ku menegur ku , nampak wajah lebih cerah,ceria dan yang bes nampak lagi muda...
Bersyukur aku dapat bertemu dengan produk ini, dapatlah aku peluang berkongsi dengan anda semua. Tentu anda tertunggu2 apa cerita selanjutnya selepas aku mengguna bullet spray atau lebih dikenali Nano Silver Solution. Biar aku terang dulu apa produk ini sebenarnya ya. Mesti anda semua tertanya-tanya apa itu bullet spray (Nano Silver Solution), betul tak?
SEJARAH SILVER
Biar aku cerita pasal sejarahnya dulu, Penggunaan Silver (perak) menyelusur jauh ke zaman Mesir(masehi) di mana ianya digunakan sebagai rawatan perubatan bagi menyembuh dan mencegah penyakit. Sepanjang zaman pertengahan, Silver digunakan sebagai ubat penyembuh luka di medan perang. Dizaman Grik dan Yunani, bekas-bekas Silver(perak) digunakan untuk mengekalkan kesegaran cecair. Peneroka Amerika yang awal selalu merendam Duit Silver(perak) dalam susu untuk menggelakkannya dari cepat basi. Ketika wabak penyakit menyerang Eropah, keluarga-keluarga kaya memberi anak-anak mereka sudu Silver(perak) untuk dikemam untuk mengelak dari terkena wabak penyakit tersebut.
TEKNOLOGI NANO
Larutan Silver(perak) berkoloid Nano Era Baru berkesan bagi melawan Methacillin Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA), mencegah setiap 4 minit dan membunuh setiap 8 minit. Bakteria, virus dan kulat semuanya merupakan organismamikro yang terdiri satu sel yang menyerang tisu badan. "Ion Perak" yang mempunyai satu cas bertindak dengan menggantikan atom hydrogen yang membekalkan tenaga kepada bakteria dan virus/bersel banyak...Oleh kerana semua organisma hidup memerlukan bekalan tenaga untuk hidup dan ion perak menyekat bekalan tenaga dengan cepat membunuh bakteria dan menjadikan virus tersebut tidak aktif.
Larutan Silver (perak) berkoloid Nano Era Baru dilaporkan telah membunuh 650 mikro-organisma di mana antaranya ada yang bersabit dengan manusia.Larutan Silver (perak) Berkoloid Nano Era Baru (perak ionic) yang dibuat menggunakan teknologi terkini menghasilkan partikel bersaiz 1-10nm(nanometer), 10ppm (bahagian per juta) menggunakan hanya air tulen dengan 99.99% Silver tulen (perak tulen).
Oleh itu Nano Silver Solution (Bullet Spray) Tiada Bahan Beracun, Tiada Kesan Sampingan, Tiada Bahan Tiruan,Tiada Bahan Pengawet..
BERKESAN BERTINDAK SEBAGAI
1. Meningkatkan Sistem Ketahanan Badan/ Pembasmi Kuman Semulajadi
2. Suplemen Kesihatan Semulajadi/ Pengawet Semulajadi
3. Antibiotik Semulajadi / Agen Anti Keradangan
4. Antiseptik Semulajadi / Menghapus Bakteria, virus dan fungus
5. Pembasmi Kuman Semulajadi / Menggalakkan Pertumbuhan Sel Tisu Baru
BAHAN-BAHAN
1.Atom / Ion, Silver (Perak)
2. Air Tulen
PANDUAN PENGGUNAAN/MAKAN
Dos yang disyorkan untuk kanak-kanak ( 1 tahun ke atas)
Untuk mempertingkatkan Daya Ketahanan badan - 1-2 kali sembur, 2 kali sehari.
Untuk membantu penyembuhan - 2-4 kali sembur, 2 kali sehari
Dos yang disyorkan untuk Dewasa
Untuk memperbaiki daya ketahanan badan - 3 - 5 kali sembur, 3 kali sehari
Untuk penyembuhan - 4-6 kali sembur, 3 kali sehari.
PERINGATAN
Kanak-kanak 1 tahun ke bawah dan ibu mengandung tidak digalakkan.
FUNGSI BEAUTY BULLET SPRAY
Beauty bullet spray boleh juga mempertingkatkan sistem ketahanan badan(imunisasi), Keradangan Badan, Ulser, Keradangan mulut, Selsema, Flu, Kerongkong, Kerosakan gigi,Jangkitan Saluran Kencing,Jangkitan Kulat dikelamin,Penulenan Air,Pembasmi Kuman,Keracunan makanan.
Luka, Terbakar, Air panas,kecederaan, kurap, ruam lampin, ruam kulit,jangkitan mata, jangkitan telingga,jangkitan kulat,gigitan serangga, Resdung(sinus),menghilangkan parut kesan kebakaran, Kesan terbakar(sunburn) jerawat,Deodoran , ketiak yang berbau, melebatkan rambut dan lain-lain
INFO PENGUNAAN
Untuk pengetahuan anda semua, produk nano silver ini bukannya baru dalam industri hospital. Ia merupakan produk yang membantu merawat dalam semua aspek dan juga digunakan dalam membunuh bakteria,virus dan fungus kepada peralatan-peralatan dalam bilik bedah selain manusia. Malah nano silver ini telah digunakan sebagai anti bakteria kepada peti sejuk, toys,telefon,laptop dan sebagainya, Cuma orang kita di Malaysia kurang peka dan lambat menerima benda baru walaupun sangat bagus. Di negara barat mereka sudah lama menggunakannya Nano silver juga boleh digunakan untuk menyembur orang yang dijangkiti selsema burung (H1N1) .Ia juga digunakan kepada kapalterbang-kapalterbang yang datang dari negara yang ada wabak penyakit , untuk memastikan tiada kuman atau bakteria yang dibawa memasuki negara kita. Kekuatan Silver digunakan mengikut kesesuaian, contoh untuk manusia hanya 10ppm sahaja tapi untuk peralatan hospital dan sebagainya kekuatan Silver lebih dari 10ppm.
Nano Silver Solution ( beauty bullet spray) adalah lebih halus dari air mineral yang kita minum setiap hari. Molekul yang halus cukup cepat bertindak dalam pemyembuhan sesuatu penyakit. Kalau kita bandingkan Air mineral yang kehalusan airnya ialah 0.4ppm tetapi Nano Silver Solution 0.004ppm, bermakna particles silver lagi halus dan selamat untuk manusia dan 7.5ph serta beralkali.
Sekiranya kita atau anak kita demam, kita akan ke klinik dan doktor akan memberi kita empat ubat yang berlainan fungsi penyakit. Diantaranya ubat demam, batuk, selselma dan Antibiotik tetapi dengan hanya menggunakan Nano Silver Solution telah meliputi semuanya dimana cepat sembuh dan berkesan, dalam masa yang sama ia menjadikan pelindung atau “shield” pada kita dan susah untuk dijangkiti penyakit berjangkit.
Kita telah masuk era negara maju, mengapa fikiran kita masih kebelakang dan kita tidak ambil peduli tentang kesihatan kita. Kita takut untuk menghabiskan duit untuk mencegah penyakit, tetapi kita sanggup untuk merawat penyakit walaupun dengan kos yang tinggi. Contoh kita ambil suplimen dengan kos lebih kurang rm150 setiap bulan, kita akan sihat sehingga tua dan masih gagah. Tetapi kita sanggup habiskan duit beribu-ribu hanya untuk tudung, baju, kasut. Maafkan saya , saya hanya buka minda anda sahaja. Apa pun terletak ditangan anda untuk buat pilihan samada untuk kesihatan atau untuk bergaya.
Mengapa kita tidak mengambil contoh orang-orang barat yang sentiasa menjaga kesihatan dari awal lagi, bila dah berusia mereka masih sihat dan dapat melancung ke negara-negara mereka suka contoh Malaysia. Cuba anda renung sejenak betul atau tidak apa yang saya perkatakan.
KEHEBATAN BEAUTY BULLET SPRAY
Hari ini aku nak cerita pengalaman aku mengguna
produk ini Beauty Bullet Spray. Sebenarnya aku
sendiri tidak tahu kehebatan produk ni, aku cuma ikut arahan yang tertera di
kotak sahaja. Biasalahkan apa-apa pun kita guna dulu baru kita tahu hebatnya
sesuatu produk, dan senang kita bercerita dengan orang.Barulah kita bercerita
dengan orang datang dari hati yang ikhlas, betul tak...Dalam masa yang sama
kita telah tahu fungsi produk tersebut dan kita dapat membantu kawan-kawan kita
yang memerlukannya.
Aku seorang yang disiplin dalam apa-apa pun, itu
sebab apa yang aku guna cepat dapat kesan atau tindak balasnya. Tiga hari guna bullet spray wow muka aku dah nampak berseri-seri,
kulit pun nampak gebu,anjal. Esoknya aku pun tanya adik aku, ada nampak
perubahan tak muka aku. Ramai orang tegur sekarang nampak lain, nampak lebih
bertenaga, ceria, dan wajah tidak mengikut usia.
Satu hari aku terkena air panas yang sedang
mengelegak kat tagan aku, apa lagi aku terus rendam dalam air tapi masih sakit,
tiba-tiba aku teringat Bullet Spray. Aku terus
spray kat tangan aku, wow ajaibnya rasa yang amat sakit tadi hilang serta merta
dan tidak meninggal kesan merah pun pada tangan aku, syukur alhamdulillah.
Dua hari sebelum raya puasa tahun sudah, aku
menyiapkan juadah untuk hari raya. Pagi tu aku dan adik2 aku sibuk membersihkan
ayam, daging dan rempah-rempah untuk buat rendang keesokan hari. Dah selesai
kami simpan dalam peti ais. Entah macam mana boleh tertinggal daging ayam yang
telah bersih kat luar atas meja. Dah petang baru tersedar, aku terus memasukkan
ayam tadi ke dalam peti ais. Pagi-pagi esok aku keluarkan ayam untuk dibuat
rendang pedas, aku memang pandai buat rendang ni, semua orang puji hehe.. Tapi
ayam tu berbau , aku basuh dengan tepung, garam dan asam limau untuk
menghilangkan baunya, tetapi masih jugak berbau. Akhirnya aku spray ayam tu
dengan bullet spray, aku gaul dan perapkan
selama 10 minit. Alhamdulillah ayam tidak berbau lagi . Aku buat rendang dan
alhamdulillah tidak ada bau dan tidak ada satu orang pun yang keracunan makanan.
Hebatnya bullet
spray.
Taukah anda kenapa ayam tadi tidak berbau busuk dan
kami semua tidak mengalami keracunan makanan? Kerana bullet
spray (Nano Silver Solution) antibakteria,antivirus dan antifungus,
telah menghapus bakteria tadi ,dalam masa yang sama boleh menyegarkan balik
ayam tadi. Disamping itu bullet spray boleh juga digunakan pada binatang
belaan seperti kucing, kambing dan lain-lain sebagai pelindung pada wabak
penyakit.
TESTIMONI
No comments:
Post a Comment