Monday, 22 July 2013

KEGUNAAN PERAK DI ZAMAN DULU




·         Perak sudah dikenal sejak berabad-abad akan kegunaannya sebagai pembunuh kuman. Dalam peradaban kuno, masyarakat yang sosial ekonominya cukup berada akan menggunakan perak sebagai wadah pernyimpanan cairan dan penggunaan sendok garpu dari perak serta alat perkakas dari perak .Dalam pengubatan Ayurveda secara tradisional di masyarakat India kira-kira 2000 tahun yang lalu, menggunakan batang perak  untuk ditampalkan pada jenis luka terbuka dengan tujuan mengurangi infeksi. Ada juga digunakan dalam bentuk serbuk perak yang dicampurkan dalam bentuk koloid yang bertujuan untuk pertumbuhan sel tisu baru /peremajaan kembali,cara ini dapat menolong dan mengurangi jangkitan serta keradangan (www.ayurveda.com).

·                   Pada zaman Mesir kuno mereka menggunakan perak untuk pengawetan makanannya supaya segar dan tahan lama,begitu juga dengan orang Fenisia, dikatakan dalam sejarah mereka menyimpan air, anggur , dan cuka dalam botol perak untuk mencegah dari kerosakan yang disebabkan bakteria.  Pada awal tahun 1900-an, orang-orang biasanya akan menaruh wang logam perak dalam botol susu segar untuk tahan lebih lama.


·         Dalam Perang Dunia I, sebelum munculnya antibiotik , perak telah digunakan untuk mencegah dan mengubati penyakit berjangkit. Pada tahun 1891 koloid perak digunakan untuk mengubati berbagai penyakit berjangkit,biasanya koloidal perak digunakan dengan cara di minum , digunakan sebagai ubat kumur,disuntik secara intravena dan intramuscular,digunakan juga sebagai ubat titis mata dan penggunaan secara topical,dimana tujuan cuma satu iaitu memerangi jangkitan kuman .

·         Perak nitrat (AgNO3) digunakan dalam larutan encer sebagai ubat titis mata untuk mencegah konjungtivitis pada bayi baru lahir.

·                   Albert Searle,sendiri dan pemilik perusahaan Farmasi,merupakan seorang peneliti dan pencetus awal untuk koloidal perak pada tahun 1900.Dalam bukunya yang berjudul “The Use of Colloids in Health and Disease” (Kegunaan koloidal perak didalam kesihatan dan penyakit) menerangkan hasil penemuannya dalam penyembuhan berbagai penyakit berjangkit dengan menggunakan koloidal perak disertai ulasan berbagai artikel yang telah di terbitkan dalam British Medical Journal dan Lancets bagaimana keberhasilan koloidal perak dalam menyembuhkan pelbagai penyakit berjangkit. Albert Searle menulis “Aksi membunuh kuman dalam berbagai elemen metal di tahap koloidal telah di demonstrasikan keputusannya dan penggunaannya pada manusia sebagai subjek  dan sudah berhasil dalam banyak kes  dengan hasil penyembuhan yang luar biasa, baik penggunaan secara internal /oral /topical hasil yang dicapai iaitu fatal bagi kuman dan parasit tanpa apa-apa keracunan pada manusia (halaman 75 The Use of Colloids in Health in Disease).

·                   Hippocrates  “ bapak ubat “  menyatakan bahawa perak sebagai penyembuh penyakit yang menguntungkan manusia karena bersifat antimikroganism. Pada awal 1900-an, perak memperoleh persetujuan peraturan sebagai antimikroganism. Sebelum pengenalan antibiotik, koloid perak digunakan sebagai bahan pembasmi kuman dan jangkitan. Dengan diperkenalkannya antibiotik di tahun 1940-an, penggunaan perak sebagai antimikroganism berkurang. Sebagai hasilnya, penggunaan perak koloid digantikan dan di lupakan.

No comments:

Post a Comment